Thursday, 4 October 2018

Tarian Kebudayaan Etnik Dusun Sagamo

Kumpulan Tarian Runcai dan Tarian Mangalai Etnik Dusun Sagamo 


Tarian Runcai

Tarian Runcai merupakan tarian tradisi etnik Dusun Sagamo sejak turun-temurun nenek moyang suku kaum etnik Dusun Sagamo pada masa yang lampau. 




Persembahan Tarian Runcai sempena Festival Sayangi Lahad Datu 2018
 ( Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=IiAVDmc6gIo )

Sesi latihan untuk persembahan tarian runcai

Tarian Mangalai

Manakala, tarian mengalai @ mangalai bagi suku kaum etnik Dusun Sagamo merupakan salah satu tarian yang wajib dan sangat terkenal dengan kelainan cara gerak tari dan pergerakan tangan yang lain daripada etnik dusun lain yang terdapat di Sabah. Tarian ini sering ditarikan sewaktu majlis keramaian seperti perkahwinan, persembahan pada bulan kaamatan (runat kalapadan), hari keluarga dan sebagainya kecuali upacara pengebumian.



 Persembahan Tarian Mangalai dari Etnik Dusun Sagamo
sempena Festival Sayangi Lahad Datu 2018 di Kompleks Sukan Lahad Datu



Persembahan Tarian Mangalai Etnik Dusun Segama@Sagamo 
sempena sambutan Festival Kaamatan 2014 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang 

Tuesday, 2 October 2018

Sejarah Kewujudan Dusun Sagamo

Dusun Sagamo merupakan salah satu etnik yang terletak di Segama, Lahad Datu, Sabah. Etnik ini menggunakan bahasa ibunda Dusun Sagamo sebagai pertuturan seharian bagi suku kaum etnik Dusun Sagamo. Namun begitu, terdapat juga sesetengah bangsa lain seperti Bugis, Idahan, Bajau dan bangsa Timur yang telah berkahwin dengan anak jati Dusun Sagamo sekurang-kurangnya usia perkahwinan mereka adalah 10 tahun lebih, mampu untuk memahami dan bertutur dalam bahasa Dusun Sagamo ini. Bahasa Dusun Sagamo adalah berbeza daripada bahasa suku kaum Dusun yang lain. Kebanyakkan masyarakat majmuk yang terdapat di daerah Lahad Datu ini sudah pastinya tahu suku kaum etnik Dusun Sagamo adalah menetap di kawasan Segama @ Sagamo (dalam bahasa Dusun Sagamo) dan juga di Silabukan Lahad Datu.